Home Berita PAS Selangor

Ziarah Mahabbah PASTI Negeri Selangor Ke Anjung Utara Negeri Selangor – “PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

405
SHARE

Oleh : Jabatan PASTI Negeri Selangor

Sungai Besar, Selangor | 20 September 2020

PASTI Negeri Selangor telah melakukan Ziarah Mahabbah ke PASTI kawasan sekitar Anjung Utara iaitu PASTI Sabak Bernam, PASTI Sungai Besar dan PASTI Tanjung Karang.

Rombongan PASTI Negeri Selangor ke kawasan Sungai Besar tiba pada jam 12.00 tengah hari tadi yang diketuai oleh Ustaz Mohd Faizol Bin Endut, Pengarah PASTI Negeri Selangor.

Penerangan dan sesi soal jawab diantara PASTI kawasan dan negeri berjalan dengan lancar. Taujihat dan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh PASTI kawasan perlu dilakukan sesegera yang mungkin.

Masa ini ialah masa untuk bekerja. Semoga mutu dan kualiti pembelajaran anak-anak PASTI dapat dipertingkatkan dan diperkemaskan lagi untuk tempoh akan datang dalam membentuk jati diri Muslim yang berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#PASTISungaiBesar
#PemudaSungaiBesar
#MemimpinNegara