Home Artikel PAS Kelantan

Bina badan patuh syariah 13 Okt

204 views
SHARE

KOTA BHARU: Kelantan akan menganjurkan pertandingan bina badan patuh syariah pada 13 Oktober depan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, ‘Cabaran Mr Awang Selamat 2018’ yang diadakan buat kali ketiga itu menerima lebih 50 penyertaan.

Beliau berkata, penyertaan ini bukan sahaja dari Kelantan malah dari Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Selepas pada ini, kita akan menggerakkan publisiti kepada aktiviti ini secara agresif, tidak agresif pun kita sudah dapat melebihi 50 penyertaan, kita akan gerakan lagi.

“Kita turut menawarkan penyertaan kepada mana-mana pertubuhan serta agensi kerajaan, kita dapat maklumat Persatuan Bina Badan Malaysia bakal menyertai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim di sini selepas mengadakan pertemuan bersama pengiat sukan berkenaan di negeri ini.

Turut hadir Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (Ubes), Ustaz Nasruddin Muhaidin dan Yang Dipertua Persatuan Awang Selamat Anak Kelantan (Pasak), Azaizuree Ahmad. – HARAKAHDAILY 19/9/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8171-bina-badan-patuh-syariah-13-okt