Home Berita PAS Kedah

Bimbang selekoh berbahaya di Telaga Mas

145
SHARE

POKOK SENA, 3 Julai 2022 – ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood meninjau keadaan jalan raya di Bukit Teriak yang mengundang kebimbangan pengguna jalan raya, di sini, semalam.

Beliau berkata, keadaan selekoh tajam yang berbahaya itu mengakibatkan sering berlaku kejadian kereta atau lori terbabas ke dalam tali air.

“Punca utama sering berlaku kemalangan di sini adalah kerana disebabkan selekoh yang tajam yang menakutkan ditambah pula jalan sempit dan tebing yang tinggi.

“isu ini telah dikemukan di Pejabat Daerah Kota Setar dan telah mendapat perhatian serta tindakan pihak berwajib,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha PAS Kawasan Pokok Sena Sdr Mohd Firdaus Salleh dan Pengarah PKWR Bukit Lada, Tn Hj Radhi Mat Din.