Home Berita PAS Melaka

Bila orang Islam berpecah Yahudi membuli – Ustaz Imran

75
SHARE

 

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 20 Mei : Apabila umat Islam dan negara-negara Islam berpecah belah dan tidak bersatu maka Yahudi dan Zionis akan jadi kuat untuk membuli dan membantai umat Islam.

Ini dapat dilihat apabila banyak kerajaan-kerajaan Arab bukan sahaja tidak mahu membantu malahan membatu melihat umat Islam di Gaza ditindas Yahudi.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman, semua orang tahu hakikat bahawa Israel berada di tengah-tengah negara Arab tetapi Israel terus membuli penduduk Gaza tanpa rasa takut.

“Ini adalah kerana tidak wujud kesatuan yang jitu dalam kalangan umat Islam dan negara-negara Islam sehinggakan umat Islam Gaza diratah Yahudi.

“Tapi alhamdulillah, kita lihat rakyat di negara-negara umat Islam dan dunia Arab tetap bangkit membantah walau pun sesetengah kerajaan mereka tidak endah,” ujar beliau kesal.

Ustaz Imran yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah menambah, perkara ini harus menjadi pengajaran kepada umat Islam di Malaysia agar tidak lagi berpecah-belah supaya tidak diratah oleh musuh Islam.

“Kita sendiri boleh lihat di Malaysia ini ada parti-parti politik yang berperanan bagaikan Zionis yang tidak mahu melihat Islam berkuasa. Mereka membenci penyatuan Islam.

“Jika parti-parti politik Melayu-Islam iaitu PAS, Bersatu dan Umno tidak dapat bersatu padu untuk menghalang parti-parti yang anti-Islam ini daripada berkuasa maka kita juga mungkin akan diratah seperti penduduk Gaza diratah Israel.

“Tapi jika kita terus dengan ego kita dan mahu mengambil risiko semata-mata mahu menguji siapa lebih berpengaruh maka kita hanya memperjudikan nasib orang Islam di Malaysia ini,” ujar beliau lagi.

Tambah Ustaz Imran lagi semua pihak kini harus membantu umat Islam di Gaza dengan menghulurkan sumbangan membantu mereka.

“Kita mungkin tak mampu nak pergi berperang membantu mereka. Jadi kita bantu dengan wang Ringgit.

“PAS ada lancar tabung untuk membantu mereka. Jadi marilah kita sama-sama menyumbang,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) pagi tadi.

Sementara itu Bendahari PAS Kawasan Masjid Tanah, Mohd Taufik Jamil ketika dihubungi berkata sebanyak RM7340 sumbangan berjaya dikutip oleh PAS Kawasan Masjid Tanah bagi dana Kempen #Aid4Palestine anjuran PAS Pusat.

“Ini untuk fasa pertama. Dan sumbangan yang kita telah kutip ini kita sudah serah pada Badan Perhubungan PAS Melaka.

“Kita akan teruskan kutipan ini. Mereka yang masih ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Bank Islam PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 04024010000877,” ujar beliau.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .