Home Berita PAS Negeri Sembilan

Bila cuti umum, ini tempat yang sangat sibuk di Seremban.

1070
SHARE

Hari ni ialah cuti umum kat Negeri Sembilan ni. Cuti sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Biasanya bila cuti umum, antara tempat yang akan jadi sangat sibuk dekat Seremban ni adalah di Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Mana taknya, klinik kerajaan kesemuanya tutup, sebahagian klinik swasta pun ikut bercuti sama. Maka, tinggal situ lah satu-satunya tempat bagi orang ramai nak dapatkan rawatan untuk segala masalah kesihatan.

Sejak awal pagi tadi, memang aku tengok tak menang tangan staff yang bertugas. Lagi-lagi MA yang dipertanggungjawabkan duduk di kaunter saringan pesakit. Nak saring pesakit lagi, tentukan mana yang betul-betul tengah kritikal dan kena beri rawatan kecemasan sesegera mungkin, mana yang semi kritikal serta mana yang tak kritikal.

Lepas tu kena bagi rawatan awal mana yang boleh. Siapa demam, perlu diberikan ubat demam sementara menunggu giliran jumpa doktor. Ada yang berdarah-darah akibat kemalangan jalan raya, mesti dibalut serapi mungkin untuk hentikan pendarahan.

Dalam masa sama jadi kaunter pertanyaan untuk layan waris pesakit yang baru sampai dan mahukan bermacam maklumat. Siap ada panggilan talipon dari luar yang perlu dijawab mengenai hal itu dan ini.

Ada satu panggilan tu yang kawan MA aku kena jawab tadi, tak tahulah dari mana, cuma pemanggil tu nak dapatkan kepastian betul ke sekarang ni tengah berlaku wabak influenza. Dia pun nak tahu, boleh ke kalau datang ke hospital kerajaan untuk ambil vaksin influenza.

Meh aku kongsikan kat sini supaya lepas ni kau orang tak perlu hubungi hospital untuk bertanyakan hal yang sama. Hehe.

Ya, memang banyak kes Influenza yang berlaku kebelakangan ini. Apa yang kami lihat sekarang, banyak kes batuk, selsema dan demam yang bila diuji dengan ujian makmal, menunjukkan Influenza positif.

Sebab tu, kempen penerangan dan pencegahan daripada KKM sedang diperbanyak dan makin dipergiat. Supaya semua orang sedar dan beri kerjasama untuk mengekang wabak ni.

Bagi orang yang berisiko rendah, bila dijangkiti virus influenza, simptom hanyalah seperti batuk selsema biasa. Tapi ia juga berpotensi menyebabkan komplikasi berbahaya termasuklah kematian kepada mereka yang berisiko tinggi seperti:

1. Wanita mengandung.

2. Kanak-kanak bawah 5 tahun.

3. Orang tua lebih 65 tahun.

4. Penghidap penyakit kronik seperti asthma, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

5. Mereka yang mempunyai imuniti yang lemah seperti pesakit AIDS dan penerima kemoterapi.

6. Mereka yang berat badan berlebihan (BMI lebih 30).

Kerana itulah, vaksin disarankan pada mereka ini. Buat masa ni vaksin influenza boleh didapati di premis-premis swasta sahaja.

Ianya adalah sebahagian daripada usaha kita nak mencegah wabak ni. Mengurangkan risiko terkena demam panas, risiko tak tidur malam dek kerana menanggung seksa sakit badan. Kita yang besar panjang ni pun boleh jadi lesu lembik, apatah lagi kanak-kanak.

Sama-samalah kita pakat-pakat banyak minum air masak, pakai mask sekiranya ada batuk dan selsema, sentiasa cuci tangan dan gunakan sanitizer, tak keluar rumah jika tiada urusan yang penting, serta kita lawan virus ini melalui cara jaga kebersihan sekeliling dengan lebih baik.

Dalam masa sama, jangan lupa panjatkan doa pada Tuhan agar seluruh petugas kesihatan tak kira yang di hospital atau pun klinik, semuanya terus sihat dan terus kuat supaya dapat bantu lebih ramai orang dalam berdepan ujian wabak influenza ni.

Amin!

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Rencana dipetik daripada Facebook Ahmad Luqman Bukhari.