Home Artikel PAS Melaka

Bicara Istiqamah : PRK Kimanis -Tolak Politik Fitnah Dan Sempit

215
SHARE

Sepanjang tempoh berkempen, kebanyakkan ceramah-ceramah PH Sabah suka menuding jari salahkan UMNO/BN, kununnya, lebih 60 tahun perintah tiada kemajuan?

Jangan begitu bah bossku, padahal kamu sudah jadi Menteri dulu, dalam BN pun banyak jawatan, kenapa baru sekarang bercakap soal itu? Gila kuasa?

PH yang baru jadi ‘katak’ sekejap, seolah-olah mereka sudah suci macam kain putih dikasi kena ‘clorox’.

Buktinya, lihat saja sejak mereka jadi kerajaan Negeri hari ini, ‘billboard’ besar dinaikkan seperti dalam gambar tersebut.

Sebenarnya, rakyat tidak mahu dengan Politik seperti ini!

Rakyat mahu dengar, apa kerajaan Negeri sudah buat di Negeri Sabah? PAN Borneo tidak siap-siap sampai ke hari ini, sedang itu keperluan asas rakyat untuk ke sana ke mari.

Politik seperti ini, mesti ‘ditolak’ dan PH mesti kalah dalam PRK Kimanis.

Ini, isyarat rakyat sudah bosan dengan Politik fitnah dan rakyat bukan tiang yang mudah untuk ditipu!

Manifesto PH, 100 hari, apa sudah jadi?

HANIFF ABD RAHIM

Penolong Editor Kanan Berita PAS Melaka

p/s : Kawan-kawan Kimanis, buktikan keberanian. Ubah balik, radu tatap radu undi calon no 1, Mohamad Alamin!

#TolakFitnah
#PHKerajaanSepenggal

PRK KIMANIS: TOLAK POLITIK FITNAH & SEMPIT! Sepanjang tempoh berkempen, kebanyakkan ceramah-ceramah PH Sabah suka…

Posted by Haniff Istiqamah on Tuesday, January 14, 2020