Home Kenyataan Media Dewan Ulamak PAS Pusat

Tahniah Kepada KP Jakim Yang Baru

2320
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat

19 JAMADIL AWWAL 1441H  l  15 JANUARI 2020

TAHNIAH KEPADA KP JAKIM YANG BARU

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato Paimuzi bin Yahya atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baru.

2. DUPP mendoakan agar beliau diberikan kekuatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang besar ini bagi memastikan kemajuan dan kecemerlangan JAKIM bagi mengangkat syiar agama dan ummah serta negara yang lebih baik.

3. DUPP percaya dan yakin bahawa dengan latar belakang beliau yang telah berkhidmat selama 34 tahun dalam perkhidmatan awam serta pengalaman luas ketika menerajui JAKIM Sabah, ILIM, Darul Quran JAKIM, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), perlantikan beliau sebagai Ketua Pengarah JAKIM adalah menepati kriteria dan bersesuaian pada masanya.

4. Dalam situasi politik ynag semakin mencabar dengan pelbagai isu yang menyentuh soal sensitivi agama serta kedudukan institusi keagamaan ini, diharapkan beliau tabah dan cekal dalam memperanankan fungsi JAKIM sebagai salah satu entiti penting dalam skop tugasan yang melibatkan hal ehwal keagamaan.

Firman Allah SWT :

إِنَّاۤ أَنزَلۡنَاۤ إِلَیۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَیۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَاۤ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَاۤىِٕنِینَ خَصِیمࣰا

Maksudnya :
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” [Surah An-Nisa’ 105]

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)