Home Artikel PAS Kedah

Beyblade Raya untuk kanak-kanak di Jerlun

160 views
SHARE

JERLUN – 8 Jun 2019 Seramai 50 orang peserta yang terdiri dari kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 15 tahun telah menyertai pertandingan Beyblade Raya anjuran pemuda PAS Kawasan Jerlun yang telah diadakan di Dataran Markaz PAS Kawasan Jerlun Lubuk Pinang.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerlun, Abdul Hadi Omar berkata, dia bersama ahlijawatankuasanya telah memilih tarikh hari raya yang ke-4 kerana ingin mengambil kesempatan meraikan anak Jerlun yang berada di perantauan pulang ke Jerlun sempena hari raya ini untuk merapatkan lagi ukhhuwah anak Jerlun.

Katanya, pada kelmarin, ramai yang hadir membawa anak-anak dan keluarga mereka untuk memeriahkan pertandingan tersebut, tambah beliau, ramai yang hadir untuk mendaftar tetapi pihak mereka telah hanya mampu menerima 50 peserta sahaja.

Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Mohd Adam Faris yang membawa pulang duit raya RM90 dan hamper, dan naib johan di sandang oleh Mohd Rayyan Zafril yang menerima duit raya RM50 dan hamper, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang duit raya RM10 dan hamper.

” Insha Allah pertandingan seperti ini kita akan anjurkan lagi pada masa yang akan datang dengan mengambil kira sambutan yang cukup baik pada kali ini dan pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya.