Home Artikel PAS Sabah

Jabatan Amal Malaysia bantu kurangkan kesesakan lalulintas Kampung Tinosa 2.

2,010 views
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain.
7 Jun 2019.

SANDAKAN : Umum mengetahui kesesakan lalulintas yang teruk akan berlaku di Kampung Tinosa 2, Sandakan apabila tiba musim Aidilfitri.

Atas kesedaran itu, Jabatan Amal Malaysia (JAM) Zon Sandakan telah mengambil inisiatif mengurangkan kesesakan tersebut dengan mengadakan kawalan lalulintas.

Usaha yang diadakan pada rabu dan khamis itu diketuai oleh Pengarah JAM Negeri Sabah, Masru Mustaqeem dan dibantu oleh beberapa orang anggota yang bertugas secara bergilir.

“Semalam kita dibantu secara sukarela oleh Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, BSPT Lahad Datu, Sarjan Jasni Abdul Latif yang juga tinggal di kampung tersebut,” katanya.

“Kita sedar, usaha kecil ini tidak mampu menghilangkan kesesakan yang ada tapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengawal masalah ini,” tambahnya.

Menurutnya, ia akan diteruskan sehingga beberapa hari lagi berdasarkan jumlah kekuatan anggota JAM yang ada dan menyeru orang ramai untuk turut sama berganding bahu membantu usaha murni ini.