Home Artikel PAS Melaka

Bertakwa kepada Allah beroleh jalan keluar – YDP PAS Alor Gajah

255
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 28 Jan : “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar daripada kesusahan, dan diberikan-Nya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya sepertimana yang dinyatakan dalam Surah At-Talaq, ayat ke dua hingga tiga.

“Takwa adalah merupakan ukuran manusia kepada dengan Allah dan yang paling tinggi takwanya maka dia adalah orang yang paling mulia di sisi Allah.

“Allah akan membantu orang yang bertakwa kepada-Nya dan mengeluarkan dari segala kesusahan dengan kadang-kadang kita mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka”.

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah (YDP), Ustaz Syahbudin berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan semasa Program Ziarah Kasih Gadek di Kampung Tanjung Rimau, di sini, semalam.

Penerima bantuan, Nor Aizam Sarbini, 46, yang baru sahaja kehilangan suami tahun lepas mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan PAS Gadek dan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau.

Ziarah turut disertai oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dun (JPrD) Gadek, Mohd Afif Che Roselam dan Setiausaha PAS Kawasan Alor Gajah, Syahmi Satar.