Home Berita PAS Selangor

“Beramal kerana Allah, Berkhidmat untuk masyarakat” – Pengarah JAMN Selangor

25
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Tn Shehdi Hazrik Shamsudin

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Artikel | Anak-anak muda ini menyertai PAS kerana PAS ada ruang untuk mereka terlibat dalam pelbagai lapangan. Antaranya adalah kerja-kerja Kebajikan kerana mereka memahami bahawa PAS bukanlah sekadar parti politik semata-mata, tetapi satu Jemaah Islam yang memperjuangkan Islam secara kolektif dan menyeluruh.

Mereka yang terlibat dalam doktrin Jabatan Amal Pemuda PAS Malaysia ini akan sentiasa membantu masyarakat yang memerlukan. Sebagai contoh, anak-anak muda di Bangi ini.

Mereka telah membantu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Bangi Golf Resort sebagai sukarelawan Khidmat Malaysia dengan berbaju Amal.

Alhamdulillah, Pemuda PAS Bangi telah diberi tanggugjawab oleh pihak PKD setiap hari untuk menghubungi semua Penerima Vaksin dengan memberi peringatan kepada mereka mengenai temujanji imunisasi mereka di PPV.

Bukan setakat itu sahaja khidmat yang mereka berikan, malah mereka ada team Khidmat Pengambilan dan Penghantaran bakal penerima vaksin Bangi yang tidak dapat hadir kerana ada masalah pengangkutan.

Bagaimana kewangan mereka? Jangan risau, kami dibantu melalui kerjasama NGO Persatuan Belia Prihatin dan OKU Berdaya Hulu Langat. Jika ingin membantu menyumbang, salurkan sumbangan anda kepada mereka. Jom sebar kisah kerja amal mereka ini buat motivasi kepada anak muda seluruh negara.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor