Home Minda Presiden

Berlaku Adillah Terhadap Musuh: Jemaah Islam Memikul Kesalahan Ahlinya

446
SHARE

Minda Presiden PAS

BERLAKU ADILLAH TERHADAP MUSUH: JEMAAH ISLAM MEMIKUL KESALAHAN AHLINYA


Apabila Panglima Khalid bin al-Walid RA melakukan kesalahan membunuh tawanan perang daripada kalangan Bani Juzaimah termasuklah merosakkan hartanya, maka Rasulullah SAW mengambil tanggungjawab supaya jemaah mengambil kewajipan membayar diat kepada mangsa, walaupun ketika itu masih belum ada Mahkamah Antarabangsa.

Kejadian ini bukan bermakna Islam membenarkan perjuangan jahiliah, tetapi mengaku salah kerana kesilapan melampau ahlinya. Namun, Islam tetap menolak perjuangan yang sesat.

Janganlah didengari syaitan yang bersuara, khususnya kalangan yang berwala’ kepada DAP kerana akan merosakkan wajah Islam laksana kera merosakkan bunga yang cantik.

Begitulah PAS mengambil tanggungjawab atas ketelanjuran ahlinya yang membuat apa-apa tindakan yang salah, sehingga dihukum dengan bayaran atau denda. Walau bagaimanapun, PAS tetap beristiqamah bersama aqidah perjuangannya dan percaya kepada keampunan Allah dan pahala bertaubat. Inilah perkara yang tidak terdapat dalam perjuangan yang lain selain daripada perjuangan Islam.

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, lagi menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Hendaklah kamu berlaku adil, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Ma’idah: 8]

Percayalah bahawa sumbangan kita bersama Islam dalam semua perkara adalah jihad.

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS
Bertarikh: 26 Jumada al-Akhirah 1446 /28 Disember 2024