Home Berita PAS Sarawak

Ziarah Prihatin Penggerak PAS Beting Maro

116
SHARE

Oleh : HANIM DRAHMAN

BETING MARO, 17 November 2021 – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak mengadakan Ziarah Prihatin terhadap salah seorang penggerak awal PAS di Beting Maro, Abang Hipni Abang Bakri.

Abang Hipni turut berkongsi tentang pengalaman menggerakkan PAS di kawasan tersebut sekaligus memberi buah fikiran dalam menambahbaik gerak kerja khususnya di Dun Beting Maro.

PAS Sarawak menghargai jasa dan sumbang bakti semua penggerak PAS terutamanya Abang Hipni yang mana penggerak-penggerak inilah yang banyak memberikan komitmen serta sokongan padu di kawasan tersebut.

Hadir bersama dalam ziarah tersebut adalah Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan(LKK) PAS Sarawak Morshidi Harun, Timbalan Ketua LKK PAS Sarawak Habsah Bujang, Ketua Muslimat Beting Maro Mahani Mumtaz dan Briged Muslimat PAS Idarina To.

“Kita perlu sentiasa menjaga silaturrahim bersama penduduk di sini supaya dapat mengekalkan dan menambah kepercayaan masyarakat untuk bersama dengan PAS,” pesan Abang Hipni.

Tambah beliau lagi, politik diibaratkan seperti berada dalam medan peperangan yang mana ianya merupakan satu seni yang perlu dikuasai.