Home Berita PAS Melaka

Berapa banyak pun kerusi PAS bertanding, guru PASTI akan bantu.

138
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto HANIFF ABDUL RAHIM

HANG TUAH JAYA, 17 Sept: Pengarah Jabatan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Melaka, Ustaz Norfaizal Nordin memberikan komitmen untuk memastikan guru-guru PASTI membantu jentera pilihan raya PAS tidak kira berapa banyak sekali pun kerusi yang PAS bertanding.

Tambah beliau, pada masa ini terdapat sekitar 367 guru PASTI dalam Negeri Melaka yang akan dimobilisasikan bagi membantu PAS di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa.

“Perkara ini adalah arahan daripada pimpinan Pusat, daripada PASTI Malaysia, bahawa guru PASTI adalah guru-Muslimat dan juga jentera bagi PRU-15 pada kali ini.

“Harapan saya selepas ini tidak akan ada lagi rungutan atau komplen bahawa guru PASTI tidak bersama dalam pilihan raya, politik dan agenda kebajikan.

“Insya-Allah saya akan usahakan supaya guru PASTI turun ke akar umbi. Insya-Allah saya akan pastikan guru PASTI bersama dalam pilihan raya kali ini,” ujar beliau.

Tambah Ustaz Norfaizal lagi, pihak PASTI akan sentiasa bekerjasama dengan jentera pilihan raya PAS peringkat negeri, Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Negeri dan kawasan-kawasan bagi mendapat arahan dari semasa ke semasa dalam menjalankan tugas ini.

Beliau berkata demikian kepada WARM-Berita PAS seusai Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) yang berlangsung di Dewan Ar Rahmat, Solok Gaung, di sini, pada pagi Jumaat.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Noraini Husin menyampaikan ucapan perasmian

Perasmian pelancaran jentera ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Noraini Husin.

Turut dijalankan ialah upacara pembacaan ikrar yang diketuai oleh Setiausaha Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Melaka, Nor Saimah Abdollah.

Seluruh jentera kemudiannya bersama-sama bersemangat membacakan doa wehdah yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Mohd Hafiz Yahya.

Turut berucap di dalam program pagi semalam ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail yang menyampaikan taujihat, selain amanat oleh Ketua DMPNM, Kintan Man dan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Pilihan Raya DMPNM, Anida Haron.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya-1 yang juga merupakan Mas’ul Pilihan Raya PAS Melaka, Bakri Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya-2, Ustaz Imran Abdul Rahman, Pengarah Pilihan Raya PAS Melaka, Hanim Abas, Pengarah PASTI Negeri Melaka, Ustaz Norfaizal Nordin, Pengerusi Majlis Guru PASTI Melaka, Habibah Yaakob dan pimpinan Muslimat dari pelbagai peringkat.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail
Ketua DMPNM, Kintan Man
Pengarah Pilihan Raya DMPNM, Anida Haron

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH