Home Berita PAS Melaka

Perarakan bendera gergasi meriahkan pelancaran Jentera Pilihan Raya Muslimat PAS Melaka

317
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto ABU ANAS

HANG TUAH JAYA, 16 Sept: Perarakan bendera PAS bersaiz gergasi oleh Briged Muslimat telah memeriahkan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) yang berlangsung di Dewan Sekolah Maahad Ar Rahmah, Solok Gaung, di sini, pagi tadi.

Perarakan itu adalah antara gimik dalam program pelancaran tersebut selain upacara penyerahan bendera kepada Pengarah-pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Kawasan-kawasan seluruh Negeri Melaka.

Setiausaha Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Melaka, Nor Saimah Abdollah mewakili Jentera Pilihan Raya DMPNM telah mengetuai bacaan ikrar taat setia.

Seluruh jentera kemudiannya bersama-sama bersemangat membacakan doa wehdah yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Mohd Hafiz Yahya.

Ikrar
Doa wehdah dipimpin Ustaz Mohd Hafiz Yahya

Jentera pilihan raya DMPNM pada kali ini turut melibatkan penyertaan Guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) seluruh Negeri Melaka yang akan turut sama membantu di dalam gerak kerja pilihan raya dalam Piiihan Raya Umum (PRK) ke 15 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa dari sekarang.

Perasmian Pelancaran Jentera ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Noraini Husin.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Noraini Husin menyampaikan ucapan perasmian

Turut berucap di dalam program pagi tadi ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail yang menyampaikan taujihat, selain amanat oleh Ketua DMPNM, Kintan Man dan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Pilihan Raya DMPNM, Anida Haron.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya-1 yang juga merupakan Mas’ul Pilihan Raya PAS Melaka, Bakri Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya-2, Ustaz Imran Abdul Rahman, Pengarah Pilihan Raya PAS Melaka, Hanim Abas, Pengarah PASTI Negeri Melaka, Ustaz Norfaizal Nordin, Pengerusi Majlis Guru PASTI Melaka, Habibah Yaakob dan pimpinan Muslimat dari pelbagai peringkat.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail
Ketua DMPNM, Kintan Man
Pengarah Pilihan Raya DMPNM, Anida Haron

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH