Home Kenyataan Media PAS Perlis

Tolak PH, negara selamat

129
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
TOLAK PH, NEGARA SELAMAT

PAS Perlis meneliti tulisan Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang menerusi kolum Minda Presiden yang bertajuk ‘Mengapa PAS Menolak Pakatan Harapan’ yang disiarkan menerusi media-media rasmi PAS hari ini.

Hampir setiap baris dalam tulisan beliau mengandungi fakta yang menggambarkan dengan jelas sikap gabungan politik berkenaan yang amat berbahaya kepada masa depan Islam dan negara.

Justeru, PAS Perlis berpendirian kenyataan beliau amat wajar disokong oleh seluruh rakyat di negara ini tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Pakatan Harapan bukan sahaja terbukti gagal sepanjang memerintah negara ini selama 22 bulan, malah menjadi punca kepada pelbagai masalah dalam negara termasuklah yang melibatkan soal hak Raja-raja Melayu dan kedaulatan negara.

Kegagalan menunaikan manifesto PRU-14, isu-isu integriti melibatkan para pemimpinnya, sikap anti-Islam serta tindak-tanduk yang mengancam institusi raja-raja dan Perlembagaan Persekutuan adalah antara beberapa contoh yang menjadi hujah mengapa PH amat berbahaya kepada kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan negara.

Oleh yang demikian, PAS Perlis menyeru semua rakyat negara ini agar sama-sama menolak PH dan memastikan pakatan berkenaan ‘selamat dikebumikan’ selepas PRU-15 nanti.

“Malaysia Sejahtera”

MUHAMMAD AZMIR AZIZAN
Ketua Penerangan PAS Perlis
15 September 2022 | 18 Safar 1444H