Home Berita PAS Kelantan

Bengkel Seni Kraf Batik anjuran bersama UKEKWA dan PKD Kadok

61
SHARE

KADOK, 25 Oktober: Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok yang juga Pengerusi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan DUN Kadok, Datin Che Nordzan Che Mat hadir menyantuni peserta Program Jom Buat Duit “Bengkel Seni Kraf Batik” Fasa 1 di Pusat Khidmat DUN (PKD) Kadok, semalam.

Program tersebut adalah anjuran Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKekWa) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Wanita Kelantan DUN Kadok.
Para peserta terdiri daripada beliawanis dan wanita dalam kawasan DUN Kadok.

Antara produk Seni Kraf Batik yang diajar oleh tenaga pengajar ialah pensel box dan pelbagai bag berasaskan batik.

Selain itu, aktiviti tambahan ialah mengubah bunga orkid dan bouquet duit untuk sambutan hari lahir.

Datin Che Nordzan berharap, para peserta dapat memanfaatkan apa yang dipelajari daripada bengkel ini dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan.