Home Berita PAS Melaka

Bencana kebakaran ujian untuk tingkatkan darjat seseorang hamba – Ustaz Imran

293
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 17 Apr : Bencana, musibah seperti kebakaran harta benda adalah ujian yang ditimpa kepada seseorang itu untuk meningkatkan darjat dan keimanan seseorang hamba itu sekiranya mereka reda dan bersabar.

Demikian dinyatakan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman ketika melakukan ziarah ke atas sebuah keluarga yang diuji Allah swt dengan rumah yang mereka diami terbakar dalam satu kejadian pada 15 April lepas.

“Memang bukan suatu yang mudah untuk berhadapan dengan situasi ini. Dalam keadaan bulan puasa dan lepas ni nak menyambut Raya Aidilfitri. Namun itulah ketentuan Allah swt.

“Kita boleh cakap, tapi mereka yang melaluinya memang sesuatu yang sangat sukar. Jadi kita kena bantu apa yang patut, apa yang termampu,” ujar Ustaz Imran yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka.

Beliau mewakili PAS Kawasan Masjid Tanah turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai, pakaian, peralatan memasak dan makanan asas yang dikumpulkan hasil sumbangan pimpinan dan ahli PAS kawasan ini.

Pemilik rumah tersebut Norisah Tahir, 79 bersama anaknya Siti Faismah Basir, 42, menantunya, Sulaiman Kaus, 42 dan tiga cucunya yang masing-masing berusia empat, lima dan enam tahun berada di dalam rumah malang itu ketika kejadian tersebut berlaku.

Kebakaran yang mula disedari oleh Siti Faismah pada jam 2.45 pagi itu telah memusnahkan 90 peratus rumah yang terletak di Kampung Durian Daun, di sini, pada Khamis lepas.

Bomba yang tiba sekitar jam 3.08 minit pagi dan hanya berjaya menamatkan operasi sekitar jam 6.49 pagi dengan bantuan satu lagi jentera dan anggota Bomba daripada Alor Gajah.

Turut hadir di dalam ziarah yang berlangsung pagi tadi itu ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Cikgu Arshad Md Som, Setiausaha PAS Kawasan, Jamaruddin Ahmad bersama dengan beberapa orang lagi AJK Jentera Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Lendu.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.         SAMBAL IBU SARI        .