Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Belia Harapan Negara

218
SHARE

Belia Harapan Negara

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan Selamat Hari Belia kepada semua belia di Malaysia.

Sebagaimana kata-kata masyhur Saidina Ali bin Abi Talib r.a. yang berbunyi, ‘jika ingin melihat dunia pada masa hadapan, lihatlah pemuda hari ini’ jelas menunjukkan bahawa belia merupakan antara golongan terpenting dalam pembinaan sebuah negara.

Dalam situasi negara hari ini, kita menyedari bahawa antara kesan dari pandemik Covid-19 adalah terdapat golongan belia yang kehilangan pekerjaan dan terjejas pendapatannya.

Namun begitu, krisis Covid-19 ini juga telah menjadi titik perubahan di mana ada peluang kerjaya baru yang boleh diterokai seperti perniagaan atas talian dan perkhidmatan penghantaran.

Selain itu, kelas atas talian atau e-learning juga wajar dimanfaatkan oleh para belia untuk mempelajari ilmu baru dan meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu tanpa dibatasi ruang dan masa.

Yang penting, para belia mesti bertahan dalam mendepani cabaran ini dan berusaha bersama-sama untuk membina semula negara mengikut kapasiti masing-masing.

Akhir sekali, buat para belia seluruhnya, berpegang teguhlah pada prinsip yang benar dan bagi yang beragama Islam, jalanilah kehidupan berlandaskan ajaran Al-Quran dan Sunnah agar ia menjadi sumber kekuatan dalam mengharungi cabaran yang mendatang.

Anda harapan negara.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
22 Ramadhan 1441H
15 Mei 2020