Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Nakbah Palestin: Tragedi Hitam Bumi Palestin

600
SHARE

Nakbah Palestin: Tragedi Hitam Bumi Palestin

Hari ini genap 72 tahun bumi Palestin dijajah apabila Zionis Israel menyerang perkampungan Jourat Asqalan pada 15 Mei 1948.

Ramai yang telah terkorban dalam peristiwa berdarah ini manakala ratusan ribu keluar dari bumi Palestin dan hidup sebagai pelarian sambil mencari tempat perlindungan di negara asing.

Peristiwa An-Nakbah ini bermaksud malapetaka besar bukan sahaja buat rakyat Palestin bahkan umat Islam seluruhnya.

Negara haram Israel telah menjadi duri dalam daging bagi umat Islam sejak sekalian lama.

Ramai rakyat Palestin telah syahid dalam perjuangan membebaskan bumi barakah ini yang dahulunya hijau nan indah namun sekarang telah bertukar menjadi tanah tandus sejak peristiwa An-Nakbah berlaku.

Bagi memperingati hari bersejarah yang mendukacitakan ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru seluruh umat Islam untuk bersama-sama menyumbang dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin mengikut kemampuan masing-masing.

Teruskan berdoa buat saudara kita di sana yang tidak pernah berhenti berjuang hingga terkorban.

Amalkan Doa Qunut Nazilah selepas kali selepas solat semoga Allah mengirimkan pertolongan-Nya buat umat Islam di setiap tempat dan masa.

Akhir sekali yakinilah bahawa perjuangan ini perjuangan kita semua dan Palestin akan kembali jua kepada umat Islam. InsyaAllah.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah Hajah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
22 Ramadhan 1441
15 Mei 2020H