SELISING, 14 Jun: Pembahagian sumbangan barangan dapur atau kit dapur “PKP 3.0 ” kepada 22 mukim dalam kawasan DUN Selising telah selesai dibahagikan.
Melalui inisiatif YB Ust Tuan Saripudin, membeli barangan dapur satu mukim satu peruncit, pihak Dun Selising dapat mengumpul barangan dapur sebanyak 1110 dan diagihkan melalui penghulu dan setiap penghulu mendapat 50 beg barangan.
Bagi membantu dan meringankan peniaga yang terjejas sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, YB Ust Tuan Saripudin juga membeli produk Koperasi Usahawan IKS Muslim Pasir Puteh sebanyak 100 beg barangan dapur dan diagihkan kepada petugas-petugas Klinik Kesihatan Selising sebagai tanda ingatan YB Ust Tuan Saripudin dan PKD Selising kepada petugas-petugas barisan hadapan.
Kesemua barangan ini merupakan sumbangan daripada pihak kerajaan Negeri Kelantan kepada rakyat DUN Selising dan diberikan secara berfasa.
Semua anak mukim yang terputus bekalan makanan diminta berkunjung ke Pusat Khidmat DUNSelising atau membuat aduan kepada penghulu mukim masing-masing. Pihak DUN Selising akan sedaya upaya membantu.