Home Kenyataan Media PAS Melaka

Belasungkawa – Takziah buat waris Almarhum Abdul Rashid Abdul Rahman

449
SHARE

SAYA mewakili seluruh pimpinan dan ahli PAS Kawasan Alor Gajah merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Abdul Rashid Bin Abdul Rahman yang merupakan wakil PAS dalam JPKK Kampung Bukit Nangka yang telah kembali ke rahmatullah sekitar tengahari kelmarin.

Pemergian Almarhum merupakan kehilangan yang besar buat PAS Kawasan Alor Gajah terutamanya bagi DUN Gadek.

Almarhum Abdul Rashid Bin Abdul Rahman

Banyak jasa dan pengorbanan Almarhum dalam meneruskan kelangsungan jemaah.

Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan roh Almarhum dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

USTAZ SYAHBUDIN SENIN
Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah