Home Kenyataan Media PAS Melaka

PAS Masjid Tanah ucap takziah buat waris Siti Sarah dan Ustaz Mohd Said

127
SHARE

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Saya mewakili PAS Kawasan Masjid Tanah menzahirkan rasa sedih dan terkejut dengan pemergian dua orang tokoh yang yang banyak menyumbang kepada ummah dan negara iaitu Almarhumah Siti Sarah Raissuddin, isteri kepada Shuib Sepahtu dan Almarhum Ustaz Hj Mohd Said Mohamad Rais seorang pendakwah bebas yang sangat dikenali di Negeri Melaka ini.

Kami mengucapkan takziah buat waris, ahli keluarga dan sahabat handai kedua-dua tokoh ini atas pemergian kedua-duanya. Ia pasti sesuatu yang sukar untuk ditanggung, namun kita hanyalah insan yang lemah yang pasti melaluinya apabila sampai waktunya.

Semoga semua ahli keluarga, waris dan sahabat handai kedua-dua tokoh ini diberikan kesabaran dan kekuatan oleh Allah swt dalam melalui ujian ini.

Mudah-mudahan Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka, diampunkan dosa-dosanya, dibalas segala amal soleh dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

AL FATIHAH

USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
• Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah.
• Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka
• Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka