Home Artikel PAS Melaka

Belasungkawa : Bapa Pelajar PASTI Al Insyirah Alor Gajah Meninggal Dunia

718
SHARE


Oleh : Ahmad Kautsar Md Ali

ALOR GAJAH : Bapa kepada adik Nur Raisha Sofia Binti Shafirul pelajar 5 tahun dari Pasti Al Inyirah, Taman Rembia Perkasa telah kembali ke rahmatullah malam semalam. Demikian dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi PASTI Kawasan Alor Gajah, Shamsul Bahrin Mohd Saad.

Beliau yang menghubungi wakil Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sebentar tadi menjelaskan bahawa Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah (DPPKAG) telah menziarahi waris dan menyampaikan sedikit sumbangan. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Ketua DPPKAG,  Mohd Afif Che Roselam.

Tambah Shamsul lagi, turut hadir dan menyampaikan sumbangan adalah Ketua Pemuda Umno Alor Gajah, Fairul Nizam Roslan dan wakil Majlis Guru PASTI Alor Gajah, Rosezainee Alwi.

“Terima kasih juga kepada Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Sulaiman Md Ali kerana banyak membantu keluarga waris. Sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan bacaan Al Fatihah semoga roh arwah Shafirul bin Mohamed dirahmati Allah swt.

“Diharap semoga waris Allahyarham Shafirul bersabar dan tabah menghadapi dugaan dari Allah swt ini.” kata Shamsul mengakhiri perbualan telefonnya.