Home Artikel PAS Sabah

PAS Papar terus prihatin hulur bantuan

378
SHARE

Oleh: Nurizyan Haziqah Hussin

PAPAR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Papar meneruskan khidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertua PAS Kawasan Papar, Abd Salim Karim turun ke lapangan menyerahkan sumbangan kepada keluarga yang sangat memerlukan barang-barang asas bagi meneruskan saranan kerajaan untuk terus duduk di rumah.

Agihan sumbangan yang diberikan di sekitar Kampung Takis, Kampung Benoni dan Kampung Manggis Papar melibatkan seramai 19 buah keluarga yang menerima sumbangan bahan-bahan keperluan asas.

Menurut Abd Salim, usaha ini dapat diteruskan dengan bantuan dan sumbangan daripada dermawan dan masyarakat.

Semoga semua penyumbang mendapat kebaikan dan ganjaran daripada Allah serta beroleh rezeki yang berlipat kali ganda,” ujar Abd Salim.