Home Berita PAS Kedah

Bela nasib wanita berniaga

188
SHARE

Oleh TASNIM

NAKA – Prihatin dengan nasib yang dilalui oleh para peniaga wanita di sini, Pertubuhan Kongsi Kasih Negeri Kedah menganjurkan Program Memperkasa Wanita Kongsi Kasih kepada 21 peniaga wanita Pedu, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Kongsi Kasih, Puan Murshidah Mustaffa program tersebut memberi peluang bagi golongan wanita di DUN Pedu untuk dibimbing malah meningkatkan keuntungan.

“Program ini memberi peluang kepada para peniaga wanita mengenai cara untuk tingkatkan keluaran penghasilan produk, menghasilkan produk yang mempunyai nilai komersial dan bersistematik.

“Kita juga usahakan supaya program ini memberi kesan kepada para peniaga wanita dapat memaksimumkan keuntungan perniagaan dari masa ke semasa,” ujarnya.

ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin yang hadir merasmikan program itu turut menasihati para hadirin yang hadir supaya menjaga keberkatan perniagaan dengan bersedekah walaupun sedikit tetapi istiqamah, ikhlas dalam perniagaan dan menjadi ahli perniagaan yang berjaya dunia akhirat.

Beliau turut berkongsi pelbagai cerita tentang dirinya sebagai ahli perniagaan sejak beliau berumur 15 tahun sampai sekarang.

Turut hadir AJK Pertubuhan Kongsi Kasih Negeri Kedah dan  Pegawai Khas YB ADUN Pedu.