Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading Meninggal Dunia

367
SHARE

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading Meninggal Dunia

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Mohamad bin Hj Aziz yang telah kembali ke rahmatullah pada Khamis, 24 Disember 2020 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Parlimen Sri Gading dan pernah berkhidmat selama 14 tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Johor serta pernah dilantik sebagai Speaker pada tahun 2013.

Kami mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkannya dan maafkanlah dia.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
25 Disember 2020 | 10 Jamadil Awal 1442