Home Berita PAS Kelantan

Bekalan bahan mentah untuk penduduk PKPD di Kampung Baru Nelayan

163
SHARE

TUMPAT, 7 Sept:¬†Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi telah menyampaikan bantuan kepada penduduk Kampung Nelayan Baru, disini, yang telah dikenakan PKPD.

PKPD di Kampung Baru Nelayan, Tumpat yang sedang dilaksanakan ini sehingga 10 September nanti telah melibat 400 buah rumah.

“Alhamdulillah, sumbangan bekalan ikan telah diagihkan kepada mereka tadi. Sumbangan di kawasan yang dikenakan PKPD dalam Parlimen Tumpat akan terus disampaikan dari semasa ke semasa, insyaAllah”.

Che Abdullah turur mengingatkan penduduk agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk mengawal penularan pandemik yang sedang dihadapi ketika ini.

Turut hadir bersama, ADUN Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan.

#DCL