Home Berita PAS Kelantan

Bekalan air bersih untuk rakyat

91
SHARE


KOTA BHARU, 29 Nov: Kerajaan Negeri melalui Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sentiasa berusaha memastikan tiada masalah berkaitan bekalan air bersih menjelang tahun 2024.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor, antara usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah bekalan air bersih khususnya di Pulai Chondong adalah dengan menyiapkan baki kerja mekanikal dan elektrikal (M&E) Di LRA Merbau Chondong menggunakan peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan anggaran kos sebanyak RM1.7 juta.

Selain itu, cadangan lain termasuklah untuk menaik taraf sistem proses di LRA Merbau Chondong yang kini dalam proses permohonan peruntukan pinjaman daripada Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM 11 juta.

“Dalam pada itu, setelah siap projek ini, LRA Merbau Chondong dijangka akan mengeluarkan air bersih sebanyak 90 JLH seterusnya dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri kelantan khususnya Pulai Chondong,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim dua hari lepas.