BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI MULIA
Tiada kata dapat mengungkap besarnya jasa guru dalam membina sebuah masyarakat, negara dan dunia.
Terima kasih atas kesungguhan para guru di semua peringkat yang tidak pernah lesu dalam menyampaikan ilmu dan membentuk peribadi generasi baharu.
Tidak hairanlah apabila para ulama amat menekankan tentang penghormatan dan kemuliaan kepada guru kerana mereka adalah pelita kepada ummah.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya.” (Riwayat Muslim:1893)
Penularan wabak COVID-19 menjadikan tugas para guru lebih mencabar kerana perlu meneroka pelbagai cara untuk menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berjalan lancar. Namun, cabaran demi cabaran tidak melunturkan jiwa warga pendidik untuk terus mendidik generasi masa depan.
Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan pengorbanan para guru dengan balasan yang terbaik.
Selamat Hari Guru.
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
16 Mei 2021 | 4 Syawal 1442