Home Kenyataan Media Dewan Ulamak PAS Pusat

Bebaskan YADIM Daripada Kekangan Pengaruh Politik Dan Ideologi DAP

304 views
SHARE

BEBASKAN YADIM DARIPADA KEKANGAN PENGARUH POLITIK DAN IDEOLOGI DAP

1. Pengumuman yang mengejutkan mengenai lantikan ALP YADIM yang menyaksikan daripada kalangan figure politik parti PH. Ia sangat berbeza dengan lantikan ALP YADIM zaman sebelum ini. Ia bukan sahaja menunjukkan sikap seterusnya PH yang memungkiri janji dalam lantikan GLC kalangan ahli politik malah lebih membimbangkan lagi YADIM yang merupakan salah satu institusi yang memfokuskan gerak kerja agama turut dipengaruhi DAP yang jelas dasar dan prinsipnya anti Islam.

2. Walaupun YB Menteri Agama menyatakan perlantikan dibuat berdasarkan merit kelayakan dan hanya berbetulan mereka yang layak itu kalangan ahli politik daripada parti PH. Persoalannya, adakah hanya ahli politik kalangan parti PH sahaja yang memiliki kelayakan tersebut? Alasan ini seolah-olah merendahkan martabat para cendekiawan dan ilmuwan akademik tanpa imej parti. Malah barisan Profesor dan Doktor dalam bidang pengajian Islam serta pakar-pakar kalangan industri sama ada yang melibatkan Majlis Agama, Jabatan Agama serta institusi lain sepatutnya dimanfaatkan bagi membaru arus kemajuan kepada halatuju YADIM jika benar-benar ingin dilaksanakan. Bukannya dengan hanya lantikan bersifat kronisme yang sudah pasti kesannya, YADIM akan dikekang daripada sudut kebebasan dalam operasi gerak kerja yang sewajarnya.

Ingatan dari Rasulullah SAW:

إذا وُسِّدَ الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة

Maksudnya: “Apabila amanah diberikan kepada bukan ahlinya maka nantikanlah saat kemusnahan.” – [Riwayat al-Bukhari]

3. YADIM dan juga mana-mana institusi keagamaan tidak sepatutnya menjadi pihak yang dikawal oleh politik kepartian yang bertentangan dengan perjuangan Islam apatah lagi jika parti politik yang mendokongi doktrin idelogi Barat yang menentang Islam. Ingatlah firman Allah SWT:

*يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا ما عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.”- [Aali Imran: 118]

4. Dewan Ulamak PAS Pusat melahirkan rasa kekecewaan di atas pengumuman lantikan ALP YADIM kali ini. Sepatutnya lantikan ALP YADIM dapat memanfaatkan kalangan para ilmuwan, cendekiawan dan pakar-pakar yang benar-benar berautoriti serta bersih daripada sebarang polemik.

“Islam Memimpin”

“Islam Jalan Penyelesaian”

*USTAZ DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED*
Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat

25 Jamadil Awal 1440 / 31 Januari 2019