Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

APSA Jalin MOU Bersama Darussyifa

248 views
SHARE

APSA Jalin MOU Bersama Darussyifa 

Alhamdulillah, hari bersejarah buat Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA)  iaitu majlis Mou APSA dengan Darussyifa (DS) yang ditandatangani bersama oleh Yb Senator Ustazah Nuridah Salleh selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah APSA dan Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad Pengerusi DS. Bagi pihak APSA, saya sangat terharu kerana DS telah berbesar hati membenarkan APSA menggunakan modul DS untuk dimasukkan dalam program Diploma Eksekutif Syifa Aisyah (DESA) yang juga mengandungi kursus-kursus APSA iaitu ilmu asas pengajian Islam, ilmu kesihatan wanita dan rawatan urut dan terapi saraf. 

Secara peribadinya, program ini dilaksanakan dengan kerjasama DS sebagai satu amanah yang tertangguh sejak menjadi pelajar kumpulan 27 iaitu kumpulan terakhir yang diijazahkan oleh Almarhum Tuan Guru Haron Din. Malah, sejak pertemuan rasmi pada tahun 2004 ketika sesi tembual untuk mendapatkan data Ph.D daripada Tuan Guru, beliau telah menyuarakan betapa kurangkan golongan ustazah dan muslimat yang menjadi perawat DS untuk membantu merawat dan memberi khidmat kepada kaum wanita yang memerlukan rawatan khususnya dalam masalah kewanitaan dan kekeluargaan. 

Dengan pelbagai kekangan pengajian yang memakan masa yang panjang dan beban tugas berterusan, alhamdulillah akhirnya majlis ini dapat dijayakan bersama. Mohon doa semua agar program ini berjalan seperti yang dicita-citakan dan menjadi penerus perjuangan almahurm TGHD  bagi melahirkan ramai lagi perawat bertauliah dalam kalangan kaum muslimat. 

Ustazah bagi pihak APSA menjemput semua kaum muslimat menyertai kursus ini yang akan dijalankan selama 12 bulan.

Tunggukan berita rasmi dan maklumat lanjut daripada APSA MALAYSIA dan promosi oleh APSA Wilayah Persekutuan yang akan menjalankan program ini sebagai projek rintis.

Jazakumullah khairan kepada dhif kehormat Darussyifa dan semua kru APSA yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dapat meneruskan legasi almarhum Tuan Guru Haron Din dan mendapat barakah serta  dikira sebagai amal jariah buat bekalan menuju ALLAH swt  

📌Dr Uswah Tahir

Ketua Pengarah

Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA)

Dewan Muslimat PAS Malaysia