Home Berita PAS Kedah

Bazar Rakyat DUN Sungai Limau bantu ringankan beban penduduk

124
SHARE

JERAI – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Sungai Limau menganjurkan Bazar Rakyat di Masjid Al-Falah, Sungai Daun Atas sempena bulan Ramadan.

ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat berkata, program ini merupakan inisiatif untuk membantu penduduk khasnya golongan B40 untuk dapatkan barangan asas dengan harga yang lebih murah.

“Antara barangan yang dijual adalah beras 5 kilogram, ayam, tepung gandum, pek minyak masak, susu tin dan gula kasar. Jualan kali ini dijual dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran dan diskaun tersebut ditampung oleh saya,” ujarnya.

Beliau mengharapkan jualan murah yang dijalankan ini dapat meringankan beban penduduk serta memberi peluang untuk sama-sama menderma di bulan Ramadan ini.

“Saya mengalu-alukan bagi sesiapa yang ingin menderma boleh menyumbang di akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 02084010033144 Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sungai Limau,” tambah beliau lagi.