Home Berita PAS Kedah

“Barbecue Anak Muda Bersama Kami” meriah

37
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM – Seramai 150 anak muda di daerah mengundi Melele dan Padang Sera hadir ke program “Barbecue Anak Muda Bersama Kami” dekat Padang Sera, baru-baru ini.

Program tersebut diadakan di perkarangan PASTI An-Nur Padang Sera di bawah anjuran Jentera PilihanRaya Dun(JPrD) Ayer Hitam dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Kampung(JPKK) Gajah Putih dan Padang Sera.

ADUN Ayer Hitam YB. Azhar Ibrahim berkata, beliau tekankan perlunya dikekalkan kerajaan Pakatan Nasional(PN) di Kedah.

Menurut YB. Azhar, banyak kemajuan telah dibuat menuju pelan Pembangunan Kedah 2035, seperti menerima pelaburan yang besar bernilai RM68.3 billion pada 2021 serta jangkaan peluang pekerjaan kepada 150K anak muda Kedah.

Turut sama hadir Ketua Unit Daerah Mengundi(UDM) merangkap pengarah program, Rodzi Mat Isa, Pengarah JPrD Hj. Ghazali Isa, Setiausaha JPrD, Cikgu Lutfi Salleh dan Ketua Bahagian PPBM Jerlun, Abdul Bin Ramli.