Home Berita PAS Kedah

12 pelajar terima bantuan awal kemasukan ke IPTA dan IPT

103
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM – Seramai 12 orang pelajar di Pida 5 terima bantuan awal kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) hadir ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam, baru-baru ini.

Menurut ADUN Ayer Hitam, YB. Cikgu Azhar Ibrahim, sumbangan tersebut adalah daripada kerajaan negeri Kedah.

Sumbangan ini bertujuan bagi meringankan sedikit bebanan pelajar yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA/IPTS.

YB turut merakamkan ucap tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Cikgu Azhar dalam majlis tersebut.

Majlis telah di pengerusikan oleh Timbalan Pengarah PKWR Ayer Hitam, Haji Ghazali Isa.