Home Berita PAS Kelantan

Bantuan RM100 ribu untuk pemain industri sukan di Kelantan

145
SHARE

Oleh CHE MOHD IRMAN ISMAIL

TUMPAT, 1 Sept: Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Portfolio Belia, Sukan Dan NGO Negeri memperuntukkan RM100,000 bagi meringankan beban para pemain industri sukan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pengerusinya, YB Wan Roslan Wan Hamat berkata, dana tersebut disalurkan melalui bantuan bakul makanan kepada mereka yang terlibat melalui siri jelajah yang dilaksanakan bersama persatuan sukan.

β€œTermasuk juga kepada 335 sukarelawan MyVac terdiri daripada Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS) yang digerakkan di 23 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri bagi membantu Kementerian Kesihatan melancarkan Program Vaksinasi”, katanya selepas pelancaran Kayuhan Merdeka bersama rakyat Pengkalan Kubor.