Home Berita PAS Kelantan

Bantuan kepada penduduk Kijang yang dikuarantin

50
SHARE
KIJANG, 1 Jun: Kes positif COVID-19 di dalam DUN Kijang semakin membimbangkan dan meningkat setiap hari dengan jumlah kes 20+ kes direkodkan. Hampir setiap mukim dan kampung telah ada pesakit positif dan hal ini menyebabkan ada keluarga yang terpaksa menjalani proses kuarantin di rumah.
Memahami kesulitan yang dialami ketika tempoh kuarantin ini, PKD Kijang telah mengarahkan penghulu untuk mengenalpasti mereka yang diarahkan berkuarantin di rumah ini dan menghantar bantuan makanan bagi mengurangkan beban mereka di rumah. Sehingga hari ini hampir 70 buah rumah telah disampaikan bantuan makanan kuarantin ini.
Penghargaan dan terima kasih kepada penghulu walaupun dalam keadaan kes semakin meningkat sekarang ini mereka masih tetap menabur khidmat namun sentiasa dinasihatkan agar mematuhi SOP dalam bertugas. Merekalah “frontliners” kampung. Tidak di dendang, tapi ada bila diperlukan.