Oleh ANA NAJWA
PANTAI MERDEKA, 23 Nov – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pantai Merdeka Ahad lalu menyampaikan Bantuan Beras Sejahtera Negeri Kedah kepada penerima yang layak bagi bulan November.
Serahan disampaikan oleh ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim. Turut bersama dalam majlis tersebut Pengerusi Unit Pembangunan Wanita, Puan Salmah Binti Salleh, PKWR DUN Pantai Merdeka serta para ahli jawatankuasa yang bertugas melancarkan Program Beras Sejahtera Negeri Kedah.
Sumbangan disampaikan melibatkan 10 UDM zon utara iaitu, UDM Bukit Kecik, UDM Bukit Meriam, UDM Sintok Bugis, UDM Padang Salim, UDM Kuala Muda, UDM Hj Kudong, UDM Kota Kuala Muda, UDM Sg Mas, UDM Rantau Panjang, UDM Pekan Tikam Batu
Sumbangan Beras Sejahtera disampaikan kepada Wakil UDM di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka, Balai islam mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan.
Program bantuan bulanan ini adalah bantuan kerajaan negeri Kedah melalui ADUN yang diuruskan oleh Unit Pembangunan Wanita PKWR DUN Pantai Merdeka.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”