Home Berita PAS Kedah

Bantuan bekalan air diteruskan sehingga malam

245
SHARE

PULAU SAYAK, 11 Jan – Petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pantai Merdeka serta Petugas Khidmat Malaysia PAS Kawasan Sungai Petani berkhidmat membantu penduduk yang terjejas bekalan air dengan menghantar bantuan air tambahan dari rumah ke rumah penduduk.

PKWR Pantai Merdeka dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa bantuan bekalan air itu diberikan kepada rumah penduduk yang kekurangan air dan terjejas sejak petang tadi dengan tambahan 2 buah lori tangki dengan muatan 800 galen Air.

“Semenjak petang petugas bantuan PKWR Pantai Merdeka dan Khidmat Malaysia PAS Sungai Petani selesai menghantar 800 gelen air ke rumah penduduk Pulau Sayak dengan kekuatan sebuah lori dan sebuah tangki air besar.

“Selepas maghrib Team PKWR dan Khidmat Malaysia menambah dua buah lagi lori dan tangki air 800 gelen untuk diedarkan ke rumah-rumah yang terputus bekalan air.

Tambahnya, ADUN Pantai Merdeka mengambil inisiatif dengan menghantar tiga buah lori dan tiga buah tangki air besar untuk disalurkan kepada rumah-rumah yang terjejas dan kekurangan bekalan air, manakala rumah yang sudah pulih bekalan air juga diberi untuk bekalan simpanan jika berlaku masalah air.

“Alhamdulillah dengan adanya bantuan air tambahan dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat – N27 Pantai Merdeka dan Petugas Khidmat Malaysia PAS Sungai Petani masalah air dapat diatasi buat sementara waktu di kawasan Pulau Sayak ini sehingga siapnya Rumah PAM yang sedang dibina,” jelasnya.

Jika ada Penduduk yang terjejas dengan bekalan air boleh terus hubungi Pejabat Pusat Khidmat DUN Pantai Merdeka di talian 013-533 8100 dan JPKK Pulau Sayak serta Ajk untuk aduan dan bantuan.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”