Home Berita PAS Kelantan

Bantuan Bakul Makanan PERMAI DUN Semerak

267
SHARE
SEMERAK, 27 Apr: Pagi ini telah bermula sesi pembahagian bantuan yang dikenali sebagai Bakul Makanan PERMAI bagi DUN Semerak. Sesi ini diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Semerak.
Bantuan Bakul Makanan PERMAI ini adalah satu inisiatif bantuan oleh Kerajaan Malaysia kepada penerima yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh. Lebih seribu orang  menerima bantuan yang diadakan di Dewan Penggawa Semerak dengan SOP yang ketat.