PASIR PEKAN, 7 Ogos: Penyerahan bantuan Armalah (Ibu Tunggal) telah berlangsung bagi DUN Pasir Pekan yang dilakukan secara pandu lalu.
Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob selaku ADUN Pasir Pekan serta isteri menyempurnakan penyampaian bantuan tersebut kepada penerima. Majlis penyampaian tersebut telah diadakan di Wisma Ibadurrahman, Pusat Khidmat DUN Pasir pekan.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM4.5 juta pada tahun ini bagi membantu asnaf khususnya wanita dan ibu tunggal yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Dato’ Ahmad Yakob berharap bantuan yang dihulurkan ini dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
#KerajaanPrihatin
#Berdoa_Berusaha_Berikhtiar_dan_Bersabar