Home Khas

Bantah Tuduhan M Indira Gandhi Terhadap PAS

111 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA
BANTAH TUDUHAN M INDIRA GANDHI TERHADAP PAS


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membantah sekeras-kerasnya tuduhan melulu M Indira Gandhi yang mendakwa badan bukan kerajaan mesra PAS bersama Zakir Naik dan puak pemisah di Selatan Thai melindungi bekas suami dan anaknya. Ia satu tuduhan jahat dan cubaan mengaitkan PAS dengan aktiviti ekstrimisme.

PAS dengan tegas menafikan penglibatan melindungi bekas suaminya, Mohd Riduan daripada pihak berkuasa seperti yang didakwa oleh M Indira Gandhi. PAS menuntut supaya dia menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf atas dakwaan berat yang telah dikaitkan dengan PAS.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)
23 Zulkaedah 1440 | 26 Julai 2019