Home Kenyataan Media PAS Melaka

Bantah LGBT, penggunaan media sosial tanpa kawalan kanak-kanak bawah umur

252
SHARE

KAMI Ameerah Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah mengutuk sekeras-kerasnya pengguna IG SafieyIllias94 yang menjadi host Live Instagram baru-baru ini melibatkan dua kanak-kanak di bawah umur sekitar jam 1.50 pagi.

Kami menggesa pihak berwajib agar bertindak terhadap golongan sebegini yang membawa kepada keruntuhan moral serta maruah seseorang Muslim.

Mohon tindakan segera dilakukan terhadap pemilik akaun IG ini kerana melibatkan kesalahan:

1) Akta Komunikasi & Multimedia (AKM 1998): Perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah.

2) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Mohon juga kepada ibubapa/penjaga agar memantau anak-anak khususnya yang berada di bawah umur berkaitan penggunaan telefon bimbit terutama ketika musim lockdown dan PDPR.

Kawal pergerakan mereka serta manfaatkan masa bersama mereka dengan aktiviti berfaedah. Mereka adalah generasi pelapis yang akan memimpin negera kelak.

Jangan hancurkan masa depan mereka!

Mohon tindakan segera!!!

No LGBT!

#AmeerahMasjidTanah
#MuslimatMuda

MARYAM IMRAN
Ketua Ameerah
DMPK Masjid Tanah

Sila tekan link di bawah??????

https://www.facebook.com/110426604075441/posts/305998904518209/