Home Berita PAS Kelantan

Banjir : TNB sumbang RM150 ribu kepada kerajaan negeri

87
SHARE

KOTA BHARU, 2 Jan: Kerajaan Negeri hari ini menerima RM 150,000 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam inisiatif bantuan bagi kelengkapan ketika menghadapi musim banjir.

Majlis penyerahan cek sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan kepada Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob bertempat di Pejabatnya, Kota Darulnaim.

Sumbangan tersebut antara lain, bagi pembelian bot beserta kelengkapan khususnya sebagai persediaan untuk menghadapi musim banjir. Pihak pengurusan TNB amat prihatin dengan isu bencana alam yang sentiasa dialami oleh kerajaan negeri setiap saban tahun dan berharap dengan sumbangan tersebut dapat digunakan untuk membantu rakyat.

Dalam hal yang sama, Kerajaan Negeri Kelantan turut merakamkan ucapan penghargaan kepada TNB diatas sumbangan tersebut.