Home Berita PAS Kedah

Banjir surut : PAS Baling bantu penduduk cuci rumah

199
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

BALING, 28 Okt – Penduduk di Kampung Banggol Setang dan Kampung Sungai Limau, Baling yang terjejas banjir mula membersihkan rumah masing-masih selepas air mula surut sejak malam semalam.

Tinjauan mendapati, kehadiran AJK Dewan Pemuda PAS Baling (DPPB) bersama Jabatan Amal membantu penduduk membersihkan rumah yang dinaiki air akibat hujan lebat yang berlarutan.


Jurucakap DPPB berkata, sebanyak 15 buah rumah di Kampung Banggol Setang dan Kampung Sungai Limau telah terjejas banjir.

“Alhamdulillah, tujuh daripada 15 buah rumah kami telah berjaya bersihkan dengan bantuan anggota DPPB bersama Jabatan Amal”, katanya.

Selain itu, antara kampung yang turut terjejas akibat banjir adalah Kampung Cenerai, Kampung Charok Sikin, Kampung Asam Jawa, Kampung Sungai Limau, Kampung Padang Che Mas dan Lubok Pedati,Pokok Sena dan Pekan Baling.

Turut hadir, Penolong Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang Ustaz Hassan Saad