Home Berita PAS Kedah

Banjir di Kedah : Penduduk Bukit Pinang terima bantuan segera

184
SHARE

Oleh MUHAMMAD HAFIZ

POKOK SENA, 3 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, YB Wan Romani Wan Salin bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai menyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir, dekat sini.

Sebanyak 40 kotak makanan keperluan diagihkan dalam program tersebut.

Sementera itu, Pemuda PAS Kawasan Jerai turut menyumbangkan alat kelengkapan cucian berupa penyembur air berkuasa tinggi kepada Anggota Jabatan Amal yang bertugas dalam Ops Cuci kali ini.

“Kami dimaklumkan bahawa alat kelengkapan cucian ini telah dibeli hasil sumbangan orang ramai pada Ops Cuci Tragedi Kepala Air Gunung Jerai yang lalu,

“Alhamdulillah, kelengkapan ini dapat dimanfaatkan sekali lagi bagi mencuci lumpur di kawasan rumah, semoga pahala penyumbang terus mengalir”, ujar YB Wan Romani ketika dihubungi.

Turut hadir bersama adalah Ketua Pemuda bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena, Ustaz Ahmad Hammadah Mohd Shauki, Setiausaha PAS Kawasan, Tuan Haji Muhammad Radhi Mat Din dan beberapa orang lagi terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena.