Home Berita PAS Kedah

Banjir Baling jadi sejarah buat penduduk

219
SHARE

Oleh AMAL NABILA

BALING – Banjir kilat di Daerah Baling mengakibatkan 12 kampung dan 627 penduduk terjejas ekoran bencana itu.

Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Bendang Padang, Kampung Iboi, Kampung Padang Ampang, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Pisang, Kampung Sadik, Kampung Kitang, Kampung Tanjung, Kampung Lata Celak, Kampung Badak Ampang dan Kampung Chenerai.

Menurut Penolong Kanan I Sekolah Yayasan Khairiah, Kupang, Ustaz Khairul Ashraf Haji Abdul Rahman berkata, tragedi banjir ini merupakan kejutan yang besar buat pihak sekolah dan pelajar.

“Banjir ini adalah kejutan bagi kami pihak sekolah ni. Sebab kalau ikut tu 1984 dulu banjir besar dah tapi kalau ikut dinilai yang ni yang lebih besar daripada yang pertama. Yang kedua banjir datang secara mengejut, kita memang tak ready, kita tengok hujan tak lebat sangat. Tiba-tiba air dia datang macam dua cabang makna kekeliling habis asrama.

“Itulah yang berlaku lah memang kejutan dan kami anggarkan kos-kos semua ni termasuk pakaian budak apa semua ni dengan tilam, dengan harta benda kantin apa semua dekat RM1 juta jugaklah kos dia yang kita dok nilai. Sebab pelajar kita yang terlibat memang ramai, pelajar-pelajar lelaki dalam 500 orang jugaklah, perempuan pun 400 lebih dekat RM1000 lebih jugak lah yang harta mangsa banjir ni di kalangan pelajar dan dikalangan staf dan guru-guru kita,” ujarnya lagi.

Menurut Ketua Gerakan Operasi Ops Banjir Kepala Air Iboi, YB Mejar Mansor Zakaria berkata, operasi membersihkan kampung ini telah dimulakan.

“Jabatan Amal telah menghantar anggota seramai 200 orang daripada semalam dan kita masih perlukan lebih ramai sukarelawan hadir membantu kerana masih banyak lagi tempat memerlukan tenaga kita,” katanya.

Ujarnya, ketika ini pihak ops cuci hanya mampu memberikan khidmat pembersihan kepada dua atau tiga rumah sahaja disebabkan tiada tenaga yang ramai.

“Saya mengalu-alukan kedatangan NGO atau sesiapa saja datang ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Markas PAS Baling bagi diagihkan tugas supaya mangsa dapat menggunakan khidmat kita ini sepenuhnya.

“Saya juga menyeru kepada semua untuk memberikan sumbangan berupa wang tunai di akaun PAS Kawasan Baling 02048010005806 (Bank Islam). Kita juga memerlukan barangan keperluan seperti tong gas, toto, selimut, tilam, susu bayi dan barangan kering yang akan diagihkan kepada mangsa, “ ujarnya.