Home Berita PAS Sabah

Pengorbanan asas kemenangan

102
SHARE

Oleh: Mimi Hazwa
5 Julai 2022

KENINGAU: Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau(DMPKK) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-6 di Dewan Kisaie Sekolah Rendah Sri Tahfiz Al Ilmi, di sini pada Ahad.

Ketuanya, Norazian Sapiai, dalam ucaptama berkata, berkorbanlah masa, tenaga serta wang ringgit di jalan Allah dalam perjuangan Islam dan jadikan syurga sebagai motivasi untuk terus berjuang menjalankan tanggungjawab yang diberi di jalan Allah.

Mesyuarat yang membawa tema ‘Pengorbanan Asas Kemenangan’ ini telah dihadiri oleh lebih 30 perwakilan serta pemerhati dari empat cawangan dan dirasmikan oleh Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sabah, Abdul Muein Mohd Noor.

Terdapat beberapa anugerah yang disampaikan dalam majlis perasmian iaitu Anugerah Muslimat Muda Harapan yang dinobatkan kepada Nabila Syafawati Sapari manakala Anugerah Lajnah Terbaik pula diberikan kepada Lajnah Pemerkasaan Parti.

Sebanyak tiga Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2021 turut disampaikan kepada tiga orang pelajar iaitu Arif Hakimi Khairuddin, Muhammad Adib Muqri Mohd Syakir dan Nor Faezah Arifin manakala Anugerah Khatam Hafazan Al Quran 30 Juzu’ pula diberikan kepada Nisrina Nabihah Muhammad Yusob.

Pertandingan Busana Tradisional terbaik dan Gubahan Bunga terbaik turut menyerikan Mesyuarat Agung Tahunan Keningau kali ini.