Home Artikel PAS Kelantan

Bangunkan Kelantan tanpa kira politik

1,047 views
SHARE

PASIR PUTEH – Seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik diminta menggembleng tenaga secara bersama bagi membangunkan Kelantan dalam pelbagai aspek.

Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Puteh, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kejayaan Pas mempertahankan Kerajaan Kelantan bukan sahaja kerana disokong ahli Pas.

“Saya percaya ahli parti lain turut menyokong Pas dalam PRU14 sehingga di Pasir Puteh ini, majoriti meningkat tiga kali ganda berbanding PRU lalu.

“Pas berjaya kekal di Kelantan dan saya menyeru seluruh rakyat membantu membangunkan negeri untuk kebaikan kita bersama,” katanya.

Beliau yang juga Adun Selising berkata demikian pada Majlis Jamuan Kesyukuran Pas Kawasan Pasir Puteh di pekarangan pejabat Pas kawasan itu di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Zawawi Salleh; Adun Limbongan, Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah; Adun Gaal, Mohd Rodzi Jaafar dan Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Tuan Mohd Saripudin berkata, Pas Kelantan akan berusaha menunaikan janji manifesto PRU14 dan berharap kerajaan Pakatan Harapan juga dapat berbuat demikian.

Katanya, royalti minyak yang tertunggak sekian lama wajar diberikan haknya kepada Kelantan agar ia dapat digunakan untuk membangunkan negeri ini. SINAR HARIAN 14 MEI 2018

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/bangunkan-kelantan-tanpa-kira-politik-1.834048