Home Berita PAS Kelantan

Bandar Baru Tunjong, lokasi pilihan Stesen MekAwey

123
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

KOTA BHARU, 21 Ogos: Persekitaran kemas, bersih dan menepati citarasa anak muda menjadikan Bandar Baru Tunjong pilihan lokasi Stesen MekAwey untuk membantu golongan terjejas dan hilang pekerjaan akibat COVID-19.

Projek perintis itu berkonsepkan stesen jualan makanan segera yang menempatkan sejumlah vendor dan kiosk di beberapa lokasi strategik.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat berkata, Kerajaan Negeri melalui portfolio belia sentiasa berusaha menyediakan ruang bagi anak muda untuk turut serta menceburi bidang perniagaan sekali gus menjana pendapatan.

“Saya menyambut baik inisiatif Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) dalam menyediakan platform kepada belia dan beliawanis menceburi bidang perniagaan.

Beberapa lokasi strategik lagi sedang dikenalpasti bagi memperluaskan Stesen MekAwey khususnya kepada golongan anak muda yang terjejas akibat pandemik COVID-19, “ katanya.

Sebelum itu, para belia mengikuti taklimat Stesen MekAwey yang disampaikan oleh Pengarah (U-BeS) Ustaz Nasarudin Mahmud Muhaidin.

Projek Niaga Anak Muda U-BeS dijangka beroperasi Oktober ini.